Tiba2 terasa rajin. LOL. Kite buat major throwback lah. Bandung trip! Bulan 2 yang lalu. Bapak lama dah. Hahaha. Maaf lah. Mood menulis baru datang :D
Day 1.
![]() |
| Gambar wajib kalau nak travel. LOL! |
![]() |
| Rumah Kain |
.
Kenapa panggil rumah kain? Sebab dia jual kain2 ni dalam rumah je kot. Jahit kain ni pon dalam rumah ni je. Mula sampai tu terkejut lah jugak kan dah kenapa pemandu ni bawak pergi rumah orang sekali masuk pergh, penuh kain sajaaa. And most of kain yang kitorang beli dari sini la. Harga pon okay. Jangan tanya berapa. sebab Mye tak ingat (baca tak tahu :P) And kain pasang yang Mye punye tu kain dia best. Senang iron. hehe (Mye memang suka benda2 yang senang je :P) Kalau tak silap pemilik rumah kedai ni non-muslim but dorang sangat baik kot. Okay je kitorang tumpang solat sini. Memang dia ada sediakan bilik untuk solat apa semua. So rumah kain ni Mye recommend (/)
.
![]() |
| Rumah Makan Padang Sederhana Supratman |
Disebabkan masing2 dah lapar, so terus lah pergi makan. Tak sempat nak check in hantar bag dulu ke hapa. Pergi makan terus. hoho. Time ni pon dah Maghrib dah rasanya. Alang2 tu makan lah dulu kang check in bilik boleh terus tido takyah nak keluar cari makan ke apa.
.
Satu rahsia yang pak supir kongsi kat kitorg cara nak makan makanan padang ni, JANGAN USIK SEMUA MAKANAN. Means that, just usik apa yang korang nak makan je. Contoh dalam pinggan tu ada 2 ketul ayam, kata lah korang makan satu. Then lagi satu tu biar je. Sebab nya dia hanya akan kira berapa yang korang makan. So kalau korang usik semua tapi at the end tak habis, dia tetap akan kira jugak. kan rugi tu.. hehe. tapi kalau udang tu xde la pulak dia nak kira bape ekor kan. tu maybe kira by plate. :)
.
How's the food? hmmmm. okay lah. Not bad. Harga dia okay jugak rasa nya lagi2 sebab dah tahu trick cemana nak makan nasi padang kan. hehe Once again, Mye tak tahuuu. sebab bukan Mye yang bayar. haha! And kat sini pon ada wifi. Rajin2 lah tanya waiter. Dorang kasi tahu je tu ;) haaaa. lupa nak khabar. Rumah makan ni sedara supir Mye tu, that's why lah dia recommend sini. So, okay je la. 2 kali jugak lah kami makan sini :)
.
And then, check in hotel! Hotel apa? hmmmm. Lupa lah! :( Tapi selesa lah. Sebab Mye share dengan adik. Tu pon dua malam je Mye tido dengan dia sebab malam last tu dia demam, so dia tido dengan parents Mye. Hmmmm seram lah jugak kena tido sorang :( Haaaa.. breakfast dia sedap! hahaha ^.^
.
Day 2.
Hari kedua p mana eh?? Hmmmmmmm. Jap nak ingat balik. :/ Kalau tak silap pergi Pasar Baru. Sambung shopping sana. Besar lah jugak mall tu. Macam2 dia jual. Time kat sana ada tour guard lain pulak yang bawak jalan. Rasa kalau jalan sendiri mahu sesat dalam tu. So dia lah recommend kedai mana kedai mana. Korang cakap je nak cari apa nanti dia bawak lah. And kat sini kena beware sikit sebab ramai pencopek. :( And yang jual2 sambil ikut kita tu. Ramai kot. Serius ramai. T.T Ergh. Tak suka nyaa. :( And macam biasa lah. Mye masuk kedai cari kerusi nak duduk. Hahaha. And yang penting, cari wifi. kuikuikui. Kat sini lah orang beli kain pasang, baju batik, telekung and so on.
After that, pergi makan! Hari kedua lunch ayam penyet! Favourite :D
![]() |
| Sangkuriang Restorant |
.
After makan, pergi Floating Market. Takde gambar nak sertakan sebab time ni mood Mye tak baik sebab phone tercicir. Bapak sedih. Time ada kat tempat yang ada pemandangan nak tangkap gambar lah phone nak tercicir. Naseb baik tercicir dalam kereta je. And Alhamdulillah jugak pak supir ni jujur orangnya. Takut lah jugak kalau hilang. T.T
.
Ada apa kat sini? Hmmmm. banyak jual makanan je. Jual makanan dalam boat. Tapi guna kaedah token. So korang kena lah tukar duitk kepada token kalau nak beli makanan tu. Masuk sini kena bayar. And ada dapat minuman free. And boleh lah. Cantik lah jugak tempatnya. Haaaaa.. yang best bagi Mye, tempat ni boleh dikatakan sejuk lah jugak. sebab dia atas2 bukit jugak lah. Tu je yang Mye suka. hahahaha. Rasa macam Cameron lah gitu. And ada satu makanan kire kalau datang kena try (kot) ais krim durian. kalau tak salah lah. (Mye tak makan sebab kurang minat durian) and again sebab takde mood nak jalan2 pasai phone takde kat tangan :(
.
Lepas tu on the way balik, singgah Rumah Mode. Sini ada jual barang kire branded lah. Macam pakson gitu. haha. Tak macam Pasar Baru tadi. Time ni mood dah baik sebab dapat beli something. LOL. Baru lah dapat first barang untuk diri sendiri (selain kain pasang semalam. haha)
![]() |
| Toko Tiga |
Then pergi Toko Tiga pulak. Kat sini lah tempat beli jeans. Rugi pulak tak grab satu ritu :( Harga? Murah lah kot. Hahahaha. But sini memang femes untuk orang beli jeans so i guess murah lah kan? Ada cerita lawak sikit kat sini.
"Password wifi sini apa?"
"Beli dulu"
"Yela tapi saya nak tangkap gambar tunjuk kawan saya mana yang dia mau. Macam mana pulak nak beli dulu?"
"Yela. Password dia beli dulu"
LOL. Paling tak boleh lupa. Unik sangat password. Maybe lepas ni boleh tukar password wifi rumah kepada "pergi balik". Nanti bila orang tanya, kita cakap "pergi balik" . Hahaha
Then, pergi dinner. Dinner malam ni bakso. Lain kot bakso sini dengan bakso sana. Ingat kan bakso dia macam kat sini ada bihun bagai. Sekali ni je T.T
Day 3 Mye paling suka! hahahaha. Baru lah pergi berjalan menikmati permandangan indah. Gituu.. Tbh, Mye jenis yang suka travel untuk tengok tempat tu. (paham ke ayat Mye ni? ) kire bukan macam pergi shopping bagai tu lah. huhu . Nak pergi somewhere tu untuk tengok pemandangan sana. Macam mana life style orang kat sana semua tu.
.
Hmmmm. Korang belajar sejarah tak? ke Kajian Tempatan eh? Ke Geografi? lupa lah subjek apa tapi yang kita belajar ada padi bukit semua tu. Kan kawasan gunung berapi kan tanah dia subur. sebab tu boleh tanam padi kat situ. (betulkan kalau salah).
![]() |
| Padi bukit |
Hmmmm. Korang belajar sejarah tak? ke Kajian Tempatan eh? Ke Geografi? lupa lah subjek apa tapi yang kita belajar ada padi bukit semua tu. Kan kawasan gunung berapi kan tanah dia subur. sebab tu boleh tanam padi kat situ. (betulkan kalau salah).
![]() |
| Kereta Kuda |
Kat sini dorang panggil beca BMW. Tahu tak kenapa BMW? BMW stands for Beca Merah Warna nya. ^.^' (gambar BMW takde, gambar kereta kuda je sempat snap)
Okay. Dah sampai Kawah Putih. Nak masuk kena bayar. Lupa lah berapa. Dia sama ada nak masuk dengan kereta kite sendiri atau naik van yang dia sediakan. Harga yang nak bawak kereta sendiri tu lain rasanya. But bagi Mye better naik je van dia tu. Jimat pon jimat and sebab nak ke kawasan kawah tu dia macam naik bukit sikit. Naik bukit pon kemain pak supir tu bawak laju bebenor. Naik dah laju, time turun tak payah cakap lah. Ergh.
![]() |
| Kawah putih |
![]() |
| Kawah putih |
Sepatutnya dia benarkan kite stay kat kawasan kawah putih ni dalam 10 minit macam tu for safety. Tapi Mye stay sana lama kot. Sesuka hati je. Time Mye pergi tu keadaan agak berangin (gambar pon berkabus). Lagi la senang terhirup sulfur2 tu. Huhu.
![]() |
| Cuba cari mana Mye? |
Lepas pergi kawah putih, hmmm hmmm pergi mana eh. Haaaa.. singgah kutip strawberry kejap. Fefeeling macam kat cameron kejap (walaupun tak pernah pergi kutip strawberry cameron :P ). Macam biasa lah. Nak masuk, kena lah bayar. huihui~
![]() |
| Strawberry bandung |
![]() |
| Konon pakai sweater. Padahal panas kot time ni T.T |
Setelah perut pon lapar, moh ler kite lunch. So, ini menu lunch kami ritu. Tak ingat lah nama nasi ni nasi apa. Tapi ni memang set dia. Rasa, okay lah. Not bad. :)
![]() |
| Lunch |
After lunch, pergi Cibaduyut. Tempat jual2 barangan kulit. Purse, handbag, kasut and so on. Baju pon ada jugak. Tapi Mye tak berkenan barang2 kat situ. huhu. Kalau ada kesayangan maybe boleh lah nak belikan wallet. Tapi sebab takde kite cuci mata je la. K dah lari cerita. Hmmm. Lepas tu pergi satu lagi rumah kain. Tapi yang ni kat kawasan lain. Dia cakap yang ni baru bukak. Tapi kalau nak bandingkan yang ni dengan yang hari first tu punya, Mye lagi prefer yang hari first tu punya. Maybe sebab corak dia tak banyak yang berkenan kot. Huhu. Malamnya, kitorg dinner kat Rumah Makan Sederhana Supratman. Tempat dinner first hari tu. Lepas tu balik tido~
Day 4
Check out lah apa lagi! hahaha. Awal jugak kitorg check out. Dalam pukul 10 macam tu. Padahal flight pukul 2pm. Tapi sebelum pergi airport singgah kejap dekat Kartika Sari. Singgah beli kek, biskut bagai. Kek dia, not bad lah. Tapi ada satu biskut ni sedap kot. Biskut cheese pebenda ntah. Haha. Jap google gambar. Takde gambar sendiri.
![]() |
| Begelen Cheese |
Ni haaaa benda nya. Begelen nama dia. Hari tu beli yang cheese je. Tak beli pulak perisa lain. And sebab tak expect pulak benda alah ni sedap. Kalau tahu ritu beli banyak T.T Terbeli pon sebab ada orang pesan. Kalau tak, memang tak tahu lah. Harga dia boleh tahan mahal jugak lah. And kalau beli dekat airport bandung, lagi berganda harga dia. peh~
Orite, next ke airport lah kite. Lain rupanya airport sana dengan Malaysia. And lepas tu tengok cerita phillipine ritu pon dorang guna system macam kat bandung. Where, orang yang ada tiket je boleh masuk. Macam kat Malaysia kan kite still boleh masuk tempat nak check in bag tu kan. Ini dekat sana nak masuk ke tempat untuk check in bag tu pon only for mereka yang ada tiket. Kena tunjuk tiket, scan bag semua. And kat situ lah tempat scan bag nye pon. Tapi boleh je nak keluar balik lepas check in bag tu. Ke memang system kat luar negara semua cenggitu? Aku je baru tahu? kuikui~ Maaf lah. First time! :P
![]() |
| Nampak ke gunug tu? |
Maka berakhir lah cerita Bandung Mye. Macam tak puas sebab pergi pon atas dasar nak shopping :P. So macam banyak masa pergi tempat shopping je T.T Tak puas jalan tengok bandung lagi! Moga ada lah rezeki nak jejak sana lagi. InsyaAllah. :)
p/s : NAK JALAN2 LAGI!






















