BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 22, 2011

apa hukum nya??

assalamualaikum dan salam satu Malaysia!! *rindu pulak dekat kem.. huuuiiii~


oke la.. haaa.. apa mimpi ni mye post entry pagi2 buta nie (*dalam pukul 1.00 a.m)?? hahaha.. t ak tahu la.. mata hari ini lambat pula nak tutup.. selalu pukul 11 ke 12 dah K.O..huhu.. oke..oke.. back to the aim.. saja je nak kongsi ilmu yang saya baru dapat tadi..


Soalan : Apakah hukum memberi salam kepada bukan muhrim?

jawapan: Berikut ini adalah sedutan secara bebas dari Al-Nawawi di dalam al-Azkar . Katanya, memberi salam dan menjawab salam antara lelaki dan perempuan adalah seperti hukum member dan menjawab salam sesama lelaki. Sunat bagi seorang perempuan memberi salam kepada lelaki, dan begitulah sebaliknya. Dan, salam itu wajib dijawab.

Itu jika perempuan itu adalah mahramnya. Bagaimana pula jika perempuan berkenaan bukan mahramnya?

Apabila perempuan itu bukan mahramnya dan dia merupakan seorang yang cantik jelita yang dikhuatiri akan menimbulkan fitnah, maka seorang lelaki tidak boleh member salam kepadanya. Jika lelaki itu memberi salam, perempuan berkenaan tidak boleh menjawabnya. Begitu juga dengan perempuan itu, dia tidak boleh memberi salam. Jika perempuan itu memberi salam juga, maka makruh hukumnya menjawab salam itu.

Dari Atha’ al-Khurasani, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiada bagi wanita itu salam, dan tiada ke atasnya salam.” (HR Ibnul Jauzi)
Ia bermaksud, perempuan tidak boleh memberi dan menerima salam kepada atau dari lelaki yang bukan mahramnya.

Dan, jika perempuan itu tua dan tidak mungkin akan menimbulkan fitnah, maka sudah tentu dia boleh memberi salam kepada seorang lelaki. Dan salam itu wajib dijawab oleh lelaki berkenaan.



oke.. itu sahaja.. semoga bertambahlah ilmu kita ya kawan2..

sharing is caring..caring is loving..

2 comments:

Anonymous said...

waaahhhh! bru aku tau...
bagus la USTAZAH normysyarah skrg ye? Alhamdulillah....
bangga aku ade kwn cm ko ;D

M said...

hahaha.. tu la.. smenjak b'gaul dgn kwn2 skola agame nie jd insaf plak..huhu..
ceehh.. tetibe dpt title USTAZAH nie.. :P