BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 11, 2012

Rapuh

assalamualaikum..

telinga sedang disumbatkan dengan surah As-Sajadah.. dengan harapan telinga biasa mendengar surah tersebut dan lidah mudah untuk menghafaz.. insyaAllah..

buka Facebook.. seorang hamba Allah yang sedang merantau di bumi Mesir demi mencari ilmu Allah share lagu Rapuh by Opick.. Ya Allah.. sungguhlah.. lagu ini sangat2 bersesuaian dengan perasaan saya sekarang.. Rapuhnya hati kecil ini wahai Tuhan.. Kuatkan lah hambamu ini Ya Allah.. Engkau permudahkan lah segalanya Ya Allah.. Sungguh hati kecil ini ingin saja menangis.. atau mungkin sedang menangis..  menangis keseorangan tanpa sesiapa pun tahu.. Sabar lah wahai hati.. ini semua adalah ujian dari Allah.. tidak sempurna iman seseorang itu tanpa ujian dari Allah.. sungguhlah hamba Allah ini sedang melalui masa2 sukar nya.. namun percaya kepada 'bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian'.. insyaAllah.. kejayaan milikmu.. :)

Allahuakbar.. tenang rasa hati kecil ini pabila ayat2 suci Allah dimainkan di telinga.. Sungguh Allah itu Maha Besar.. Maha Agung dan Maha Mengetahui..

kadang kala, hati kecil ini penat dibuatnya.. untuk melayan kerenah hamba2 Allah diluar sana.. sungguh manusia itu pelbagai.. namun, insan ini juga manusia biasa.. punya hati dan perasaan.. Ya Allah.. sekali lagi ku pohon.. kuatkanlah hati kecil ku ini.. sesungguhnya aku tahu bahawa ini juga adalah ujian daripada Mu Ya Rabb.. kuatkan lah aku.. jagalah iman ku Ya Allah.. Semoga kami sentiasa berada dilandasan Mu Ya Allah.. jangan lah Engkau biarkan kami lalai Ya Allah.. bimbinglah kami Ya Allah..

mungkin ada diantara hamba2 Mu di luar sana yang tidak senang dengan perangai ku Ya Allah.. namun, aku juga manusia biasa.. punyai kekurangan.. terimalah aku seadanya wahai saudara2 ku sekalian.. tegurlah aku andai diriku bersalah.. namun aku berharap.. biarlah teguran itu kena pada tempatnya.. dan sesuai caranya.. kerana aku juga manusia biasa.. punyai hati dan perasaan.. aku takut hati kecil ku tidak dapat menerima teguranmu itu jika tidak kena dengan caranya.. sama2 lah kita mencuba yang terbaik.. berubah kepada yang lebih baik.. insyaAllah..

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, dan hati yang tidak khusyuk, dan nafsu yang tidak pernah puas, dan daripada doa yang tidak dimakbulkan.
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman Nabi-nabi dan hafalan para Rasul serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai yang amat mengasihani.
Ya Allah.. permudahkanlah aku dan rakan2ku untuk menghadapi ujian/test/exam kami Ya Allah..  kembalikan ilmu kami semasa kami memerlukannya.. amin.. amin.. Ya Rabb.. :)

Jazakallahu khairan.. (:

No comments: