BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 14, 2012

#ilmu 1 - qasar dan jamak

Assalamualaikum!

sekadar secebis ilmu untuk dikongsi.. pagi tadi dengan tidak dijangka, terdengar satu rancangan televisyen bersama Ustaz Zahazan Mohamed yang membincangkan satu ilmu yang sangat berguna memandangkan most of us akan bermusafir ni.. memandangkan hari ni pon dah 25 ramadhan.. raya pon dah dekat.. so... here i want to share about solat qasar and jamak.. :)

sumber dari muka buku
pernah buat ke idak kawan2 ni?? yang pernah buat tu alhamdulillah.. sebab ustaz cakap solat jamak dan qasar ni adalah sedekah Allah kepada kita.. yup! Allah sangat sayang kan hamba2nya.. sampai sanggup bagi rukhsah (kelonggaran x silap maksudnya..).. so kawan2.. ayuh gunakan peluang yang Allah dah bagi ni.. BUT WAIT!!! ada beberapa syarat2nya.. ;)
hmmm.. hmmmm.. oke.. antara sebab yang diberi rukhsah ni ialah bermusafir and pekerjaan x silap.. contoh nya la kan seorang doktor tu nak operate patient dia and dijangka akan mengambil masa yang lama sampai habis satu waktu solat, so dibolehkan untuk qasar and jamak.. :) tapi kali ni its more to musafir memandangkan kita pon nak balik raya kaaaaaannnn.. hehe..

so for musafir ni, here some points..

- MUST BE MORE THAN 2 MARHALAH (about 90 km)

- niat kita untuk bermusafir NOT MORE than 4 days excluding perjalanan pergi dan balik.. kira nya kalau campur pergi balik 6 hari la semua nya.. sebagai contoh kata la kite bergerak balik hari jumaat.. then kita niat untuk stay kat kampung smpai hari selasa (kira dari hari sabtu smpai selasa so 4 hari).. then balik ke rumah pada hari rabu.. so total 6 hari.. so, kita boleh buat solat qasar dan jamak sepanjang hari di kampung dan pada hari perjalanan pergi dan balik! :) (paham kan? kan? kan?)

- if niat untuk stay lebih dari 4 hari katakan lah macam contoh diatas tapi kita balik ke rumah pada hari khamis.. so stay dari sabtu smpai rabu dah 5 hari.. campur hari perjalanan pergi dan blk dah 7 hari.. so kita hanya boleh qasar and jamak pada hari perjalan pergi dan balik sahaja.. :) (paham jugak kan?? hehe)

- kita dah boleh start buat solat qasar dan jamak if kita dah mula keluar rumah.. kiranya even tak sampai 2 marhalah lagi kita still dah boleh buat.. :)

- kita tak boleh berimamkan orang yang solat sempurna.. tapi kalau kita yang jadi imam boleh.. but kita kena bagi tahu kat jemaah dulu.. nanti senang la jemaah ni dah tahu yang dia kena tambah bilangan rakaatnya..

- bagi kaum adam pula, anda memang diberi kelonggaran untuk tidak solat jumaat.. tapi kalau dah rajin sangat tu kan, lepas solat jumaat kena buat solat qasar asar 2 rakaat.. sebabnya solat jumaat 2 rakaat kan.. so kira tambah lagi 2 rakaat qasar untuk asar je la..

- mesti ada antara kita yang cakap "eh.. bukan 3 hari je ke??" oke, berdasarkan ustaz itu tadi, memang ada fahaman yang kata 3 hari.. tapi menurut mazhab imam syafie' 4 hari.. :)

so diharapkan sedikit ilmu ini dapat dipratikkan bersama.. kalau ada salah, sila la tegur2.. :)

No comments: